MIKROPENGAJARAN

Berikut merupakan kemahiran yang digunakan:

1.0 KEMAHIRAN PENYOALAN

1.1PENDAHULUAN

Kemahiran penyoalan dalam sesi pembelajaran dan pemudahcaraan (PDPC) merupakan satu kaedah yang di gunakan oleh guru untuk mendapatkan tindak balas daripada pelajar untuk mengetahui tahap kefahaman pelajar mengenai pembelajaran yang di ajar oleh guru. Penggunaan kemahiran penyoalan amat berkesan dan merupakan kaedah alternatif yang boleh di gunakan oleh guru untuk membantu pelajar dalam meningkatkan prestasi terhadap pembelajaran. Penggunaan soalan merupakan salah satu cara guru menyampaikan pengajaran yang popular dan merupakan salah satu yang paling mudah untuk di laksanakan (Omardin 1991). Kemahiran menyoal merupakan sebahagian daripada kemahiran komunikasi lisan.Menurut M.Mojibur (2010), kemahiran komunikasi lisan dapat mengukur keupayaan dan kebolehan seseorang pelajar itu berkomunikasi dengan baik atau sebaliknya. Ini bermakna dalam konteks pdpc, kemahiran ini berupaya dalam menggalakan interaksi guru dan pelajar dengan berkesan. Kebanyakkan soalan yang dikemukakan oleh guru dapat mencungkil pengetahuan pelajar terhadap isi pelajaran yang di sampaikan semasa proses pdpc berlangsung.

1.2 OBJEKTIF PENYOALAN
Secara umumnya apabila guru ingin menyoal pelajar, guru akan memberi soalan kepada keseluruhan kelas. Setelah memberi mereka waktu untuk memikirkan jawapn, barulah guru memilih secara rawak beberapa orang pelajar untuk menjawab soalan tersebut. Kaedah menyoal yang betul seperti ini dapat membangkitkan kecerdasan serta menggalakkan pelajar untk berfikir. Kaedah ini juga dapat merangsang pemikiran pelajar.

      Selain itu, tujuan menyoal adalah untuk memperoleh maklum balas tentang pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula bahawa kebanyakan penilaian adalah bergantung kepada soalan, maksudnya bahawa setiap soalan mesti ada objektifnya iaitu:

a)      Menggerak Minda Murid
Guru dapat merangsang dan mencungkil fikiran pelajar semasa sesi soal jawab dengan menggunakan teknik soalan kemahiran berfikir kreatif dan kritis terutamanya ketika mengajar tajuk baru. Pada masa yang sama, guru boleh menimbulkan minat dan rasa ingin tahu pelajar semasa sesi soal jawab dijalankan.

b)      Menilai Pemahaman Pelajar
Guru dapat mengukur tahap kefahaman pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Sesi soal jawab merupakan satu latihan sebelum menghadapi ujian atau peperiksaan.

c)      Membimbing Pelajar
Pelajar biasanya sering menunjukkan kelemahan dalam memberikan jawapan. Dalam kaedaan ini guru hendaklah tidak terus menyalahkan jawapan pelajar. Sebaliknya, guru wajar menggunakan teknik soalan yang memberikan panduan kearah jawapan yang dikehendaki sehingga pelajar menyedari kesilapan mereka dan cuba membetulkan kesalahan itu.

 d)     Merantas Pembelajaran
Proses pembelajaran pelajar harus berlaku secara aktif sepanjang masa. Bentuk soalan boleh juga menggunakan konsep yang diperoleh dalam sesuatu mata pelajaran kepada situasi yang lain.(Kamarul &Abd. Halim,2007 : 181 ).

e)      Menggalakkan Mutu Pemikiran Yang Tinggi
Soalan yang dibuat mestilah mempunyai unsur penganalisisan, penggabungan atau sintesis dan penilaian( Zawawi,1988:215).

f)       Mengekalkan Perhatian Murid
Guru dapat mengenal pasti tingkah laku pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran sedang berlaku. Jika guru ternampak pelajarnya sedang berkhayal atau leka, teknik soalan boleh digunakan untuk mengembalikan semula perhatiannya tanpa memarahi dan mengherdik pelajar terbabit( Zawawi, 1988: 215 ).

g)      Mengeratkan Interaksi
Tujuan menyoal juga dapat mengeratkan interaksi antara guru dengan murid dan sesama murid. Interaksi guru-murid, murid-guru dan murid sesama murid penting kerana dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih baik dan garmoni ( Zawawi, 1988 : 216 )
Objektif yang telah disebutkan di atas, menjadi asas tujuan guru menggunakan tekni menyoal kepada para pelajar di dalam kelas. Dengan menggunakan teknik menyoal yang betul, sudah pasti suasana kelas akan lebih aktif dan seturusnya pengajaran dan pembelajaran guru akan lebih berkesan.

1.3 PRINSIP PANDUAN PENGGUNAAN KEMAHIRAN PENYOALAN
Untuk menggunakan kemahiran penyoalan dengan berkesan dalam aktiviti pengajaran, guru haruslah memahami dan mematuhi prinsip-prinsip berikut:
i)                   Pembentukan soalan
-          Aras soalan yang disediakan hendaklah sesuai mengikut umur, kebolehan dan pengalaman pelajar.
-          Guru haruslah merancang jenis soalan yang berkaitan sebelum aktiviti pengajaran dimulakan.
-          Soalan yang dikemukan mestilah berpandukan aras taksonomi bloom.
-          Perkataan dan istilah yang digunakan haruslah mudah di fahami.
-          Bentuk soalan yang dikemukakan mestilah mendorong pelajar untuk berfikir.
-          Soalan yang dikemukakan mestilah ringkas, tepat dan padat.

ii)                 Teknik mengemukakan soalan.
-Untuk menggalakan setiap pelajar memikirkan jawapan, guru haruslah mengemukakan soalan terlebih dahulu, berhenti sekejap untuk memberi masa mereka berfikir, kemudian menyebut namanya supaya menjawab soalan tersebut.
-Tujukan soalan kepada seluruh kelas dan bukan kepada pelajar yang cerdas sahaja.
-Untuk memastikan semua pelajar mengambil perhatian terhadap jawapan yang diberikan oleh pelajar, guru boleh memanggil seorang pelajar yang lain untuk mengemukakan jawapan yang mereka peroleh.
-Untuk menarik perhatian pelajar guru hanya menyebut soalan sekali sahaja dengan syarat sebutan guru cukup lantang dan jelas di dengar oleh semua pelajar.

iii)               Penerimaan jawapan pelajar.
-Pujian hendaklah diberikan kepada pelajar yang telah memberi jawapan dengan betul untuk menggalakan pelajar berusaha memberi jawapan dengan baik.
-Elakkan amalan mengulangi jawapan pelajar. Ini akan menggalakkan pelajar lain tidak mempedulikan jawapan yang diberi oleh pelajar.
-Jika jawapan yang diberi adalah baik dan penting, minta pelajar lain mengulangi jawapan itu.
-Jika jawapan kurang lengkap, minta pelajar lain melengkapkan atau guru boleh memberi maklumat kepada pelajar.
-Jika pelajar tidak dapat menjawab, guru boleh mengubah aras soalan ke peringkat yang lebih rendah atau guru boleh memberi kata kunci kepada pelajar berhubung soalan yang dikemukan untuk pelajar.
-Guru hendaklah melarang pelajar memberi jawapan secara beramai-ramai.

1.4 CIRI-CIRI SOALAN YANG BERKESAN
-          Bermatlamat
-          Dinyatakan dengan jelas
-          Ringkas
-          Memprovokasi pemikiran (merangsang pemikiran dan tindakbalas)
-          Menyoal siasat
-          Skop terhad
-          Disesuaikan dengan tahap murid

2.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (PERSOALAN CERPEN RINDU SEORANG RAFIK)

Objektif pada akhir pembelajaran, murid dapat:
i)                    menyatakan definisi persoalan secara tepat melalui Teknik Soal Jawab.

ii)                  menerangkan sekurang-kurangnya tiga persoalan yang terdapat dalam cerpen “Rindu Seorang Rafik” dengan menggunakan Teknik Soal Jawab.

Hasil pembelajaran:
Hasil pembelajaran
Aras
Hasil Pembelajaran Utama (HPU)

3.0 Menghuraikan tema dan persoalan dalam karya prosa.

Hasil Pembelajaran Khusus (HPK)

3.1 Menerangkan persoalan.
3.3 Menghuraikan persoalan dalam karya.




Aras 1:
i-                    Menyatakan definisi persoalan.

Aras 2
ii-                  Menerangkan persoalan dalam karya.

Langkah/ Masa
Isi pelajaran
Aktiviti
Catatan
10.00-10.10 (10 MINIT)
-Fokus utama mengenai persoalan yang terdapat dalam cerpen ‘Rindu Seorang Rafik’ menggunakan teknik soal jawab.

SOALAN:
i-                    Jelaskan maksud persoalan?

ii-                  Apakah persoalan yang terdapat dalam karya?
iii-                Berikan contoh peristiwa yang terdapat dalam cerpen Rindu Seorang Rafik bagi mengukuhkan persoalan yang di kemukakan?

iv-                Pada pandangan anda, wajarkah tindakan yang di lakukan oleh watak Rosa dalam mempertahankan tanah airnya sehingga memutuskan tali persahabatan antara dia dan Rafik?

JANGKAAN JAWAPAN MURID:
i-                    Persoalan ialah perkara-perkara kecil dalam sesuatu karya yang ada hubungannya dengan tema. Persoalan biasanya lebih daripada satu iaitu semakin panjang sesuatu karya semakin banyak persoalannya. Persoalan wujud untuk memperkukuh dan menghidupkan tema sesebuah karya.

ii-                  Antara persoalan yang terdapat dalam karya ialah:

Kasih sayang dalam menjalinkan perhubungan
Kegigihan dalam menginginkan sesuatu
Rindu terhadap sahabat
Semangat patriotik
Sifat lelaki dan perempuan

iii-                Contoh peristiwa yang terdapat dalam cerpen Rindu Seorang Rafik ialah

                                                              






iv-                Pada pandangan saya, tindakan yang di lakukan oleh Rosa tidak wajar kerana dalam menjalinkan hubungan persahabatan sememangnya kita perlu mengenal antara satu sama lain terutamanya yang berbeza negara.


PAPAN SOALAN MISTERI



-Guru meminta beberapa orang murid tampil ke hadapan untuk mencabut kad berwarna yang mengandungi soalan.

-Murid di minta untuk membaca soalan yang diperoleh dengan lantang.

-Guru bersoal jawab dengan murid.

-Murid dapat menjawab soalan dengan baik dan jelas.

-Guru memberi bimbingan kepada murid dalam menyampaikan bahan pengajaran.

*Pentaksiran secara lisan melalui teknik soal jawab.

BBM/BBB:

-Papan soalan misteri
-Kertas A4
Maker Pen
-Buku teks ‘Ku Bentang Sehelai Peta’

Pengisian Kurikulum:

Ilmu:
-Moral
-Kemasyarakatan

Nilai:
-Kasih sayang
-Kerjasama
-Kegigihan
-Kesabaran
-Kesyukuran
-Kerajinan

Kemahiran Bernilai Tambah:
-Kemahiran berfikir secara kritis ( mengelas).

-Kemahiran berfikir secara kreatif (menjana idea)

-Kecerdasan pelbagai (interpersonal dan verbal linguistik).


-Pembelajaran kontekstual.

-Kemahiran belajar cara belajar (menulis, mengingat dan bertutur).


Kaedah:
-Kelas
-Individu

Teknik:
-Soal Jawab


KBAT:
-Analisis


3.0 RUJUKAN

Laman web:
 miji75tm.blogspot.my/2011/02/kemahiran_penyoalan.html

Jurnal:
studentsrepo.um.edu.my/5478/1/TGC-06000-pdf-aras penyoalan dan pemikiran dalam proses pembelajaran bahasa melayu.

4.0 BERIKUT MERUPAKAN LINK VIDEO MIKROPENGAJARAN





selamat menonton😊




Comments

Popular posts from this blog

MAKROPENGAJARAN 1