RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Tingkatan: 5 Azam Mata pelajaran : Kesusasteraan Melayu Genre: Prosa Moden (Drama) Bilangan murid:/34 orang Tarikh:11April 2018 Masa: 1.00-1.40 (40 minit) Tajuk: Watak dan Perwatakan dalam drama ‘Anna’ Pendekatan: Mengalami dan Menghayati Objektif: Pada akhir pembelajaran murid dapat: i- menjelaskan sekurang-kurangnya tiga daripada lima sifat luaran dan sifat dalaman watak yang terdapat dalam drama ‘anna’ secara jelas dan tepat menerusi teknik improvisasi terlatih . ii- menyatakan sekurang-kurangnya tiga persamaan dan perbezaan watak dalam drama ‘anna’ dengan jelas melalui teknik latih tubi. Hasil Pembelajaran: Hasil pembelajaran Aras Hasil Pembelajaran Utama (HPU) 4.0 Menganalisis watak dan perwatakan dalam karya prosa. Hasil Pembelajaran Khusus (HPK) 4.3 Menghuraikan perwatakan luaran dan dalaman watak dalam drama. 4.2 Membandingkan watak-watak dalam drama.